Kaedah Membaca (Kaedah Seluruh/Pandang
dan Sebut)
Kadah Seluruh / Pandang Dan Sebut
Kaedah seluruh kata
sangat popular dalam mengajar bacaan dalam Bahasa Inggeris, namun guru boleh
mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam bahasa Melayu. Kaedah ini juga
disebut sebagai Kaedah Pandang dan Sebut.
Melalui kaedah ini,
pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa diguna
seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita
seperti saya, minum, kopi, sepak, bola emak, bapa, adik, abang, kawan, dan
sebagainya.
Guru akan
memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan menyebutnya berulang-ulang.
Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar
dan murid belajar secara pandang (visual) dan
mengecam perkataan. Kaedah
ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.
Sekiranya murid
tidak dapat menyebut
perkataan tertentu, guru digalakkan menggunakan fonik atau bunyi
huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu murid
menyebut perkataan tersebut. Misalnya
bagi perkataan ”rumah”, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf
”r”, iaitu
[ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ]
Dasar kaedah ini ialah menggunakan
perkataan dari mulanya tanpa mengenalkan dan menghafalkan huruf-huruf abjad
terlebih dahulu. Perkataan-perkataan yang diperkenalkan itu disertakan dengan
gambar. Kaedah ini mementingkan bunyi perkataan atau rangkai kata berdasarkan
pengalaman melalui gambar dan bunyi ayat atau cerita berdasarkan gambar.
Kanak-kanak dilatih melakukan dua
kemahiran dalam satu masa, iaitu menyebut keseluruhan perkataan dan melakukan
pengesanan terhadap rangsangan berbentuk gambar. Guru kerap kali menunjukkan
seluruh perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya. Contohnya,
perkataan “bunga” ditulis di tepi atau di bawah gambar bunga. Kadang-kadang ini
boleh digunakan sebagai kad-kad imbasan.
0 comments:
Post a Comment