Kaedah
Membaca (Kaedah Bunyi/Fonik)
Kaedah Bunyi Fonik
Kaedah fonik
adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini
menekankan tentang hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah
bunyi sesuai digunakan kerana susuk bahasa Melayu yang terdiri daripada suku
kata yang tetap bunyinya.
Menurut kaedah
fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu, kemudian diikuti
dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan.
Dalam bidang
fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan. Contohnya
huruf ‘a’ disebut sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku
kata yang lain. Sebagai contoh, ‘ba’ + ‘ta’ terus disebut
sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai
[ bata
].
[ beh ] + [ a ]
= [ ba ]
[ teh ] + [ a
] = [ ta ]
[ beh + a =
ba] + [teh + a = ta ] = [ bata ]
Kanak-kanak seawal usia tiga
tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk. Oleh itu,
dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi
tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat.
Anak-anak dapat menyebut bunyi
‘aa’ apabila melihat huruf ‘a’ (nama huruf ‘ei’) dan bunyi ‘ii’ apabila melihat
huruf ‘e’. Sehubungan itu, apabila anak-anak melihat perkataan ‘ani’, dia akan menyebut
bunyi ‘aa’ ‘nn’ ‘ii’ ( bunyi ani) bukannya ‘ei’ ‘en’
‘ai’ (bunyi enai).
Beberapa teknik mengajar bunyi
boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah asosiasi adalah yang terbaik.
Melalui kaedah asosiasi, bunyi ‘aa’ tersebut boleh dikaitkan dengan aksi
terkena api. Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit ‘aaa...
panasnya!’ Melalui asosiasi ini anak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan
lebih berkesan, cepat dan berkekalan.
Guru tidak perlu memperkenalkan
semua bunyi sekaligus cukup sekadar beberapa bunyi asas terlebih dahulu. Sila
dapatkan siri cepat membaca ’Bacalah Anakku’ yang telah disusun secara
sistematik dalam pemilihan bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih dahulu.
Dengan mengikut susunan siri ini, anak dapat menguasai bunyi dengan lebih
teratur dan berkesan. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan
huruf konsonan dengan huruf vokal ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ lebih kerap, wajarlah
bunyi-bunyi ‘a i u’ diperkenalkan terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi bunyi-bunyi
ini lebih senang disebut oleh kanak-kanak. Seterusnya bunyi-bunyi konsonan lain
diperkenalkan satu persatu , contohnya ‘b’ ‘n’ ‘m’ ‘s’ dan ‘k’.
Seterusnya, dengan berpandukan
siri cepat membaca ’Bacalah Anakku’, ajar anak-anak membaca gabungan huruf
konsonan dan vokal yang diajarkan , contohnya ‘b’ dan ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ untuk
membaca ‘ba’ ‘bi’ dan ‘bu’. Melalui kaedah fonetik, anak-anak tidak akan
mengeja ‘ba’ menjadi “ba” ; tidak juga menghafal suku kata ‘ba’; tetapi mereka
membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi ‘beh’ (bagi huruf ‘b’) dan ‘aa’ (bagi
huruf ‘a’).
0 comments:
Post a Comment