AMATI
KESERDEHANAAN
Alkisah, seorang petani menemui sebuah mata air ajaib. Mata air itu boleh
mengeluarkan kepingan wang emas yang tak terhingga banyaknya. Mata air itu
boleh membuat si petani menjadi kaya raya seberapapun yang diinginkannya, sebab
mata air wang emas itu hanya akan berhenti bila si petani mengucapkan perkataan
“cukup”. Seketika si petani terpana melihat kepingan wang emas berjatuhan di
depan matanya.... Diambilnya beberapa baldi untuk menampung wang percuma itu.
Setelah semuanya penuh, dibawanya ke pondok kecilnyanya untuk disimpan disana.
Pancuran wang terus mengalir sementara si petani terus mengisi semua karungnya,
seluruh tempayannya, bahkan mengisi penuh rumahnya. Masih kurang! Dia menggali
sebuah lubang besar untuk menimbun emasnya. Belum cukup, dia membiarkan mata
air itu terus mengalirkan wang emas hingga akhirnya petani itu mati tertimbus
bersama ketamakannya kerana dia tak pernah boleh berkata cukup. Perkataan yang
paling sukar diucapkan oleh manusia kemungkinan adalah perkataan “cukup”.
Bilakah kita boleh berkata cukup? Hampir semua pegawai merasakan gajinya belum
boleh dikatakan sepadan dengan kerja kerasnya. Peniaga hampir selalu merasakan
keuntungan perniagaanya masih di bawah target. Isteri mengeluh suaminya kurang
beri perhatian padanya. Suami berpendapat isterinya kurang mengerti
kehendaknya. Anak-anak menganggap orang tuanya kurang murah hati. Semua merasa
kurang dan kurang. Bilakah kita boleh berkata cukup? Cukup bukanlah pasal
berapa jumlahnya. Cukup adalah persoalan kepuasan hati. Cukup hanya boleh
diucapkan oleh orang yang boleh bersyukur. Tak perlu takut berkata cukup.
Mengucapkan perkataan cukup bukan bererti kita berhenti berusaha dan berkerja.
“Cukup” jangan diertikan sebagai keadaan berpuas hati. Mengucapkan perkataan
cukup membuat kita melihat apa yang telah kita terima, bukan apa yang belum
kita dapatkan. Jangan biarkan kerakusan manusia membuat kita sukar berperkataan
cukup. Belajarlah mencukupkan diri dengan apa yang ada pada diri kita hari ini,
maka kita akan menjadi manusia yang berbahagia. Belajarlah untuk mengucapkan
perkataan “Cukup” .
0 comments:
Post a Comment