Subscribe:

Thursday, 29 March 2012

Dokumen Bergambar P&P KSSR


AKTIVITI YANG DI JALANKAN SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGIKUT ASPEK- ASPEK KEMAHIRAN BAHASA,ASPEK SENI BAHASA DAN ASPEK TATABAHASA


Kemahiran Menulis

Aktiviti Berkumpulan

Kemahiran Membaca

Aktiviti Seni Bahasa

Aktiviti Seni Bahasa

Kemahiran Menulis

Menyiapkan lembaran kerja

Tuesday, 20 March 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


LANGKAH/MASA

        ISI PELAJARAN

AKTIVITI  PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


CATATAN

AKTIVITI GURU

AKTIVITI MURID

SET INDUKSI
(langkah 1)
5 minit

Mempamerkan gambar anggota badan.

Guru menamakan
Anggota badan.

Murid menyebut anggota badan yang disebut oleh guru.

Aktiviti – individu & kumpulan



PERKEMBANGAN
(langkah 2)
10 mint

Menyebut
Perkataan
Sukukata terbuka dan tertutup

Guru menunjukkan
Perkataan yang berkaitan anggota badan dan membimbing murid

Murid menyebut perkataan.
Murid mengecam perkataan yang didengar lalu menyentuh bahagian badan masing-masing.

Mengumpul
& mengelas.
Media –
Gambar & kad perkataan



Langkah 3
5 minit


Murid bercerita cara-cara menjaga kebersihan.

-Guru bersoal jawab dengan murid.
-Melatih murid mengeja dan membaca kad.

-Murid bercerita cara-cara menjaga kebersihan
-Murid mengeja dan membaca kad
-Memadan perkataan
Dengan gambar.

Lembaran kerja 1

Langkah 4
5 minit

Mengkelaskan perkataan yg menunjukkan anggota badan dan bukan

Guru meminta murid menyebut perkataan dan murid lain mengulanginya.
Kemudian kad itu diasingkan.

-Murid mendengar dan mengulang perkataan yang ditunjukkan.
-Murid mengkelaskan perkataan yang menunjukkan anggota badan dan bukan anggota badan.

Lembaran kerja 2.

Langkah 5


10 minit

Membaca petikan

Guru membimbing .murid membaca petikan ringkas
-Guru juga membimbing murid menaip perkataan dengan menggunakan MS Word.

Murid membaca petikan beramai-ramai
-Membaca secara berpasangan.
-Mengeja dan menyebut perkataan yg dihitamkan pada petikan.
-Bersoal jawab tentang makna perkataan dlm petikan
-Memadankan perkataan dan makna secara klik dan seret –MS Word.




Kemahiran ICT
Lembaran kerja 3.

Langkah 6
(Pentaksiran)
10 minit

Suku kata terbuka dan tertutup

Guru menyebut suku kata terbuka dan tertutup.

-Murid menyebut perkataan.
-Murid menulis perkataan yang disebut

Lembaran kerja 4

Langkah 7
(Pemulihan)
5 minit

Menggabung sukukata menjadi perkataan.

Guru membimbing murid yang lemah mengeja dan menyebut.

-Murid menyebut sukukata yang ditunjukkan.
-Murid menggabungkan suku kata menjadi perkataan dan mengejanya.

Lembaran kerja 5

Langkah 8
(Pengayaan)
5 minit

Membina frasa.

Membimbing murid membentuk frasa.

-Murid mengeja dan menyebut perkataan.
-Memadankan perkataan dan membentuk frasa.
-Menyebut frasa yang dibina.


Lembaran kerja 6.







REFLEKSI
(Penutup)
5 minit


1. Mendengar dan mengecam perkataan
2. Menyebut dan mengeja perkataan.
3. Memahami dengan memberi makna perkataan.






Membimbing murid menyebut dan mengeja perkataan.


-Aktiviti Pemulihan
Murid berlatih mendengar,menyebut dan mengeja perkataan.
Aktiviti  pengayaan
-Murid membentuk frasa yang dibina
-Murid menyebut frasa.



Sunday, 18 March 2012

Soalan Lazim PBS

Jika ingin melihat kepada soalan lazim mengenai PBS sila klik halaman ini
Soalan Lazim PBS

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

BAHASA  MALAYSIA  TAHUN 1.

Kandungan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia mengandungi aspek kemahiran berbahasa,seni bahasa dan tatabahasa.

Kemahiran Bahasa
Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku. 

Kemahiran Mendengar 
Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons. 


Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penekanan juga diberikan pada penggunaan tatabahasa yang betul. 

Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Di samping itu, murid juga berupaya menghayati teks yang dibaca. 

Kemahiran Menulis 
Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.

Aspek Seni Bahasa
Aspek seni bahasa merujuk keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Murid memperoleh bahasa yang indah secara didik hibur daripada teknik nyanyian, bercerita, berlakon dan berpuisi. Seni bahasa juga menampakkan keindahan bahasa dari segi pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personifikasi yang terdapat dalam puisi dan prosa kreatif. Idea yang kreatif dapat dilahirkan oleh murid melalui lisan dan penulisan. 

Aspek Tatabahasa
Aspek tatabahasa merujuk keupayaan murid menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam konteks yang diajarkan secara terancang.



Thursday, 1 March 2012

Catatan Pertama

Assalamualaikum. Salam Muhibbah Salam Perak Aman Jaya. Saya memulakan blog ini dengan harapan dapat memanfaatkanya untuk diri sendiri dan rakan-rakan.

Sudikanlah bersama saya memeriahkan blog ini. Komen